Sunday, April 21, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL HARGA MINYAK TERMURAH DAN TERMAHAL DI DUNIA

Tahukah anda bahawa harga petrol yang termurah di dunia adalah di negara Iran. Ia dijual pada harga 0.029 seliter. Sebagai perbandingan harga petrol di Malaysia adalah 0.432 seliter. Malaysia termasuk antara 10 negara yang harga petrolnya termurah di dunia. Manakala harga petrol di Hong Kong pula adalah termahal di dunia iaitu 3.185 seliter.


Wednesday, April 17, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL PENDUDUK TOKYO ?



Tahukah anda bahawa bandar yang pempunyai penduduk paling ramai di dunia adalah metropolitan Tokyo, Jepun dengan anggaran penduduk seramai lebih 37 juta orang. Sebagai perbandingan, jumlah seluruh rakyat negara Malaysia pun tidak seramai jumlah penduduk Tokyo.



Thursday, April 4, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL SELAT BERING ?


Tahukah anda bahawa Benua Amerika dengan Benua Eropah terpisah oleh Selat Bering dengan jarak hanya 51 batu sahaja (di tempat yang paling sempit). Andainya nanti ada jambatan atau terowong dibina merentasi selat tersebut, maka kita boleh memandu kereta dari Senawang terus ke Amerika Syarikat melalui jalan darat.