Thursday, January 21, 2010

KASIH.NYA AYAH ... KASIH.NYA ANAK !

INGAT TAK DULU-DULU ?

Kau tahu tak dulu-dulu ?
Aku yang menyuapkan nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.

Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.

Akan ku bawa diri mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.

Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !





Berita Harian (Edisi Melaka & Negeri Sembilan) - 20.1.2010

"Saya jaga Razak hingga akhir hayat" ..

Melaka: "Sebagai ayah, saya akan tetap menjaga anak saya selagi hayat ada," itulah antara yang diluahkan seorang warga emas, Deris Hamid, 70, ketika ditemui di rumahnya di Telok Mas, baru-baru ini ... "Selepas ketiadaan isteri, kini tanggungjawab menguruskan segala keperluan beliau menjadi tugasan saya, termasuk menyuapkan makanan setiap hari," katanya.

Maaf, saya berhenti di disini dulu .. nak lap entah air apa yang jatuh kat papan kekunci ni .. !

40 comments:

  1. tak semua orang sanggup menjaga mak ayah adik beradik , apa lagi dalam mereka2 itu sakit teruk atau lumpuh.
    saya harap saya tidak diduga sebegini, kerana saya pun tak tahu apa saya mampu ke tidak.

    byk kisah2 begini saya tengok depan mata sendiri.

    saudara, anak dia sakit mental, perempuan. ayahnya yg jaga dia kini yg hanya terlantar, mak sudah meninggal. adik beradik sudah ada famliy dan hidup dia sendiri.
    siapa yg akan menjaga nya bila ayah nya tiada nanti?

    hmmmm

    ReplyDelete
  2. Semasa arwah abang saya meninggal, BONDA saya berkata, “untung dia, meninggal semasa ayah mak masih ada dan boleh uruskan jenazah serta selesaikan perkara2 berkaitan...”

    Saya sebak masa tu...

    sehingga hari ini, saya sentiasa rindukan arwah AYAH saya..

    kerana... saya tidak berpeluang menjaganya di akhir hayat...

    dan saya sempat sampai ke kampung ketika arwah sudah selesai disemadikan..

    hingga hari ini saya kesal sendiri dan... (nak lap air yg kena keyboard juga...)

    Kasih Ibu Membawa ke Syurga
    Kasih Ayah Sepanjang Hayat..

    ReplyDelete
  3. Rangkap pertama si Ayah semacam mengungkit..

    Rangkap kedua pun ada mengungkit juga..

    Rangkap ketiga si ayah mula menidak..

    Rangkap keempat kapayahan siayah mula terasa..

    * Rangkap kelima si ayah mula menyapa memberitahu..

    * Rangkap keenam si ayah menyatakan kasih sayang semula..

    Demikian ulasan kawan mengikut susunan atur dari rangkap ke rangkap..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan...

    Saya sudi mengelap dan usap air yang menitik itu .

    Cacak pancang ditengah arus,
    Hanyut ke beting atas pasirnya,
    Diambil orang buat meniti,
    Kalau patah ganti yang lain,
    Tuan laksana benda yang halus,
    sudah ditinting lahir warnanya,
    Memberi cahaya dalam hati,
    Kasihku (Ayah) tiada yang lain .

    ReplyDelete
  5. kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa...

    kasihnya anak, hilang entah kemana.....

    apakah ini suratan atau kebetulan??

    semakin hari, semakin rapuh ikatan kekeluargaan. semakin pudar rasa kasih dan sayang....

    pada firasat saya manusia semakin leka. terlalu alpa mengejar dunia sehingga lupa tuntutan akhirat sana....

    bukan ke kita dituntut menjaga kebajikan kedua orang tua...bukan wang ringit yang mereka harapkan, cuma sedikit perhatian dan ingatan....

    seorang ayah bisa menjaga sepuluh orang anak, tapi seorang anak belum tentu bisa menjaga seorang ayah....

    ReplyDelete
  6. hmm ni citer pasal suap menyuap ni, mesti air liur mr lavendar yg jatuh kat papan kekunci tu sbb terliur..

    erk lapar lak.. ooo patutler dah nak kul 2 tak lunch lagi, huhu

    ReplyDelete
  7. itulah kasih ayah tapi sekarang susah nak dapat macam nie

    ReplyDelete
  8. syabas dengan N3 ni..

    Paparlah berita sebegini lebih kerap sebagai renungan dan pengajaran...

    sayu bila mendengar...dan lama2 lupa jika tak diulangi...

    siapa????....mudah lupa

    ReplyDelete
  9. salam...
    ...emak, ayah boleh jaga 10 orang anak...tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga emak,ayah...

    ..saya tidak berpeluang menjaga arwah ayah di saat2 akhir beliau kerana pada masa tersebut saya masih belajar di UKM. Saya juga tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana masa ayah meninggal saya sedang menduduki peperiksaan akhir,bila saya sampai di kg, jasadnya telah disemadikan.
    ...tetapi kasih sayangnya masih terasa...hanya doa yg dapat saya hadiahkan buat nya..

    ReplyDelete
  10. blueCITY
    lihat tu, ayah yang terlantar pun masih mahu menjaga anaknya yang sakit mental. jangan dirisau siapa akan menjaganya kerana Dia ada. peracanganNya kita tidak tahu.

    ReplyDelete
  11. aziezah
    tepat kata awak tu dengan tajuk petikan berita akhbar tersebut ! dan saya dpt merasakan kekesalan awak itu.

    ReplyDelete
  12. relevan
    betul sangat intrepetasi awak itu.. terutamanya ulasan "macam mengungkit" tu. tidak ada niat nak mengungkit, cuma ingin mengingat atau menyedarkan .. kot kot ada yang dah lupa atau mudah lupa seperti kata anNahlu di bawah.

    ReplyDelete
  13. liNda
    walaupun saya mungkin pangkat pakcik kepada awak, tapi saya tak pernah dengar lagi pantun lapan kerat ni (ia ke pantun ?). air mata tu tak payah lap.. dia dah kering sendiri.

    ReplyDelete
  14. Ain
    memang benar kata awak itu .. bukan wang ringgit yang mereka harapkan !

    ReplyDelete
  15. che'pit
    saya lunch dengan muffin je hari ni ! beli kat kedai sebab terliur tengok muffin yang ada orang dapat tu !

    ReplyDelete
  16. mamai
    susah memang susah nak dapat.. nasib baik ada lagi.

    ReplyDelete
  17. anNahlu
    tak tahulah dah tua-tua ni cepat betul tangkap sayu !

    ReplyDelete
  18. .......
    Anak saya belum dewasa lagi.....
    Tingkah laku mereka masih terkawal..


    Bagaimanalah nanti saat mereka juga sudah dewasa...?
    Doa ibu tak putus-putus buat mereka...semoga sentiasa di jalan Allah! Amin....

    ReplyDelete
  19. Saya baru sahaja habis membaca sebuah buku yang menghuraikan tentang : BAGAIMANA SUMBER PENDAPATAN YG DIPEROLEH OLEH IBUBAPA SANGAT MEMPENGARUHI SIKAP ANAK2?

    nota: skiving walau hanya seminit dlm waktu kerja pun dah boleh dipersoalkan. Belum nak kata sumber2 haram yg lain...

    Sikap anak adalah hasil pembentukan dan asuhan kita sbg parents..

    ReplyDelete
  20. Salam..

    Rasulullah SAW bersabda;
    " Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang dibumi maka yang dilangit akan mengasihimu".

    "Siapa yang tak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, tak akan dimaafi pula."

    ReplyDelete
  21. Itulah kata orang, 10 anak tak mampu jaga seorang bapa, tapi seorang bapa dapat jaga 10 anak. Sedih sungguh melihat anak mengabaikan ibu bapa mereka.

    ReplyDelete
  22. Kasihnya ayah sanggup berkorban harta atau nyawa.

    Cuma ada sebahagian anak yg kecik tak faham dan bila dah besar buat2 tak faham.

    ReplyDelete
  23. sl tedi, abu muaz dan annie.

    minta ampun minta maaf bebanyak. saya secara tidak sengaja ter'reject' komen awak. saya bersedia menerima apa2 sahaja hukuman dari awak bertiga. tetapi sebelum menjatuhkan hukuman, saya cuma nak beritahu satu perkara; bahawa saya adalah seorang warga emas ! sebagai warga emas saya dikecualikan daripada hukuman sebat di bawah undang2 Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Burung apa.... burung murai... burung apa? burung murai ...... Seorang ayah sanggup menjawab berkali-kali saolan anak. Kalau anak...

    ReplyDelete
  25. xiiinam
    saya turut mengaminkan doa cikgu. tak apa kan orang lelaki mengaminkan doa orang perempuan ?

    ReplyDelete
  26. finaz
    saya terasa ..lepas ni saya akan blogging waktu malam sahajalah guna komputer kat rumah !

    ReplyDelete
  27. shaniza
    Salam kembali. memang sabda Rasullullah s.a.w adalah benar sejak dari dulu, kini dan selama2nya. sesiapa yang berpandukan sabdaya itu, pasti akan menemui kebahagiaan.

    ReplyDelete
  28. PracerEC.
    T.kasih singgah. Lama menghilang gi mana ? Betapa berat mata memandang .. berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete
  29. yunus badawi
    marilah kita sama2 bagi mereka faham. kalau sengaja buat2 tak faham, mari kita baham.

    ReplyDelete
  30. Pok Li
    Kalau anak; "burung murai lah murai ..!

    ReplyDelete
  31. saya, walau pernah n masih marah dengan sikap2 ayah kadang2, tapi
    saya tak sanggup rasanya melihat dia bersedih atau merintih, apa lagi sakit depan mata saya..

    apa2 jua, dia tetap ayah saya
    jangan sakiti hati emak sudahla
    saya mmg tak akan tahan kalau tgk mak terluka

    saya juga tak sanggup melukai hati mak ayah walau apa2 alasan sekali pun buat masa ini..

    akan2 datang? saya tak tahu

    semoga saya tidak menjadi sitanggang.

    amin

    ReplyDelete
  32. blueCITY
    akan datang pun jangan begitu..
    walau pun awak kata kadang2 marah dengan ayah, tapi jangan lupa kadang2 ayah awak pun mungkin marah juga dengan awak. jangan ingat marah kita jer !

    ReplyDelete
  33. Salam Bang AL, saya nak dondo abang nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY utk saya.. klu tak TIADA MAAF BAGI MU..Hehehehehe..gurau jo bang, jgn marah nanti tak hensem !!

    ReplyDelete
  34. owhh tuan,

    eh..eh.. saya cuma lap pada papan kekunci itu sahaja oke ! (uhuk! uhuk!)

    ermm... bukan pantun .

    Itu adalah simbolik puisi dari jiwa saya mengambarkan tentang kasih sayang Ayah tiada berpenghujung .

    Sifat seorang Ayah yang tegas sering disalah tafsirkan , sedangkan jauh dilubuk hatinya, tersimpan kasih sayang sama seperti seorang Ibu . Bezanya ia tidak di tunjukkan sahaja .

    And... saya percaya, itulah yang tertanam di sudut hati tuan.

    Buktinya ...

    " air mata tu tak payah lap.. dia dah kering sendiri."


    Dari mana dtgnya airmata tuh ? dlm n3 takde pung ! hahahaha

    ReplyDelete
  35. annie

    buek apo dondo .. kan ko lobih baik
    kito semondo menyomondo! (kesian orang bukan ns x faham).. dah tuo-tuo ni sonyum pun dah hensem lai.

    ReplyDelete
  36. liNda
    tepat sekali bacaan awak tu.. kat ibu dia orang pun saya tak tunjukkan juga !

    ReplyDelete
  37. nak gula-gula 3 biji pakciK!! he he he

    ReplyDelete
  38. Mano buleh abang yo pocah rekod masuk n3 saya 3 kali, saya pun nak yo, masuk n3 abang 2 kali. Pasal nak jadi somondo tu bukan tak nak bang, masalah eh anak saya baru bosa tungau, cmano kito nak monyomondo..(kasi migrin lagi orang luar N9).

    ReplyDelete
  39. annie
    umur bukan halangan .. tengok Cik Wok yg perempuannya, yang lelakinya dah berlori2 ..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.